KUANTAN, 17 Dis -- Premis perniagaan di sekitar Taman Guru turut ditenggelami banjir susulan limpahan Sungai Belat ketika tinjauan hari ini.Taman Guru antara kawasan yang terjejas teruk akibat hujan berterusan sejak tiga hari lalu, sekali gus menjejaskan operasi perniagaan dan rutin harian penduduk setempat. Setakat jam 4 petang, aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 3,796 mangsa daripada 1,206 keluarga ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA