RAUB, 26 Feb -- Ahli keluarga dan rakan-rakan kepada lima mangsa sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong awal pagi tadi dilihat berkumpul di Unit Forensik Hospital Raub disini hari ini.Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Awi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10. Bagaimanapun ketika kejadian, dua lagi anak pasangan itu tiada di rumah kerana menetap di asrama.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA