KUANTAN, 17 Dis -- Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus membantu penduduk Taman Guru berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kawasan itu ditenggelami banjir berikutan limpahan air Sungai Belat, ketika tinjauan hari ini.Situasi banjir yang berlarutan memaksa penduduk meninggalkan kediaman demi keselamatan. Setakat jam 4 petang, aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 3,796 mangsa daripada 1,206 keluarga ditempatkan di 48 PPS melibatkan daerah Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA