KUALA LUMPUR, 20 April -- SAMPAH PASAR PUDU... Pekerja Dewan Bandaraya membersihkan kawasan Pasar Pudu yang ditinggalkan peniaga setelah memberi perkhidmatan kepada warga kota di sini hari ini.Kawasan itu menjadi tempat mendapatkan keperluan masakan dapur seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran bermula seawal jam 6.00 pagi sehingga 1.00 petang.Selepas waktu itu, setelah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya kawasan terbabit digunakan pula sebagai jalan raya untuk memudahkan laluan pengguna warga kota.Aktiviti itu menjadi rutin harian di kawasan tersebut.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA