RAUB, 26 Feb -- Adik kepada salah seorang daripada lima mangsa sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong awal pagi, Muhammad Yusri Zul Hairi, 27, ketika ditemubual wartawan Bernama di Unit Forensik Hospital Raub disini hari ini.Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Awi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA