RAUB, 18 Mac -- Ulu Dong, nama tempat yang penah menggemparkan seluruh pelusuk tanah air apabila berlakunya sebuah kisah ritual pembunuhan kejam seorang ahli politik sekitar awal 90an.Namun, di sebalik cerita misteri itu, kawasan terletaknya beberapa perkampungan ini sebenarnya menyajikan suasana persekitaran yang sangat mendamaikan.Menyelusuri jalan masuk ke Ulu Dong, berdiri sebuah sebuah bengkel kecil bersebelahan rumah di Kampung Padang Peri yang dihadapannya terdapat satu sosok tubuh berusia lebih 70 tahun yang masih gagah mengupas kulit kelapa tua dengan kudrat tangannya.Mohd Isa Ishak, 74, seorang pesara kerajaan yang memilih untuk terus kekal aktif dengan mengusahakan dodol gula kabung secara manual sepenuhnya. Menurut beliau, penghasilan dodol secara manual sememangnya memerlukan banyak pengerakan dan secara tidak langsung menjadinya senaman kardio yang bagus untuk kesihatan.Di kala rata-rata pengusaha dodol telah pun menggunakan dapur gas dan mesin khas untuk mengacau dodol, Mohd Isa masih memilih untuk mengekalkan tradisi lama dengan menggunakan dapur kayu dan mengacau dodol dengan tulang empat kerat untuk penghasilan dodol gula kabung keluarannya.Rasa dan aroma dodol seperti zaman dahulu yang terhasil daripada cara tersebut menjadikan dodol gula kabung keluaran Mohd Isa unik dan istimewa disamping tekstur dodol gula kabung sebagai bahan pemanis menjadikan ia agak kesat dan tidak licin seperti kebanyakan dodol yang dihasilkan dengan menggunakan gula pasir.Setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri Mohd Isa berkata, dia terpaksa menghadkan tempahan dodol gula kabung yang dijualnya bagi mengekalkan kualiti penghasilan dodol tersebut pada tahap yang terbaik. Dodol Gula Kabung ini dijual dengan harga bermula RM32 bagi setiap 500 gram.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA