KUANTAN, 31 Jan -- Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Aminuddin Zulkipli (tiga, kanan) meninjau gerai jualan selepas merasmikan Karnival Jualan Agro MADANI Pahang di sini harõ ini.Pogram Jualan Agro MADANI mencatatkan prestasi memberangsangkan sepanjang 25 hari pertama tahun ini dengan nilai jualan terkumpul sebanyak RM13.25 juta melalui 250 program berkenaan telah dilaksanakan di seluruh negara.Disamping itu, program tersebut telah melibatkan 5,527 penyertaan usahawan tempatan dan berjaya menarik kehadiran seramai 440,000 pengunjung setakat ini.Untuk rekod pada tahun lepas, nilai jualan program berkenaan mencatatkan RM84.14 juta membabitkan penjimatan rakyat dianggarkan lebih RM25 juta dengan sebanyak 4,300 program telah diadakan melibatkan 61,891 usahawan tempatan dan menarik 2.63 juta pengunjung.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA