KUALA LUMPUR, 28 April -- Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang saksi bagi membantu dalam satu kes siasatan.Saksi berkenaan adalah Abd Rashid Bin Jaffar, 46 tahun, dengan nombor kad pengenalan 650316-01-5677 yang beralamat terakhir di No 39, Jalan KP 1/2 ,Taman Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang Selangor dan No. 56, Parit Hj Abd Salam, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.Sehubungan itu, SPRM memohon kerjasama kepada sesiapa yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi berkenaan, menghubungi Pegawai Penyiasat Pen. Kanan Penguasa Roslan Deraoh di talian 03-88800632 atau 012-4275673.Untuk makluman saksi ini dikehendaki bagi membantu dalam satu kes siasatan SPRM.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA