KUANTAN, 17 Dis -- Tiga penduduk, (dari kiri) Muakhir Muhammad, Zairol Asraf dan Khaidir Mohamad, meredah air banjir yang menenggelami Taman Guru akibat limpahan Sungai Belat ketika tinjauan hari ini.Hujan berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan kawasan berkenaan antara yang terjejas. Setakat jam 4 petang, aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 3,796 mangsa daripada 1,206 keluarga ditempatkan di 48 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan daerah Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan.ââââÅ¡¬ fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA