PETALING JAYA, 3 Mei -- LEPAS RINDU ... Pegawai Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) 1, Kapten Salfarizal Salleh, 29, melepaskan rindu kepada anak bongsunya, Ameera Batrisya Salfarizal, 5 bulan, sambil diperhatikan oleh isterinya Siti Juhaida Ismail, 28, selepas selamat pulang ke tanah air bagi menyertai misi bantuan di Afghanistan tersebut selama enam hingga sembilan bulan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara TUDM Subang dekat sini, hari ini.Misi tersebut disertai 40 anggota daripada sembilan pegawai dan 31 lain-lain pangkat termasuk tujuh anggota wanita. Kepulangan pasukan tersebut telah disambut oleh Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA