PETALING JAYA, 3 Mei -- SELAMAT PULANG ... Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) 1 yang terdiri daripada 40 anggota daripada sembilan pegawai dan 31 lain-lain pangkat termasuk tujuh anggota wanita yang terlibat dalam misi bantuan di Afghanistan selamat pulang ke tanah air selepas menyertai misi tersebut selama enam hingga sembilan bulan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara TUDM Subang dekat sini, hari ini.Kepulangan pasukan tersebut telah disambut oleh Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA