PONTIAN, 10 Feb -- Juruteknik Ranhill SAJ, Mohamad Rizal Md Rais, 36, mengisi tangki air bersih untuk dihantar ke kampung-kampung sekitar Pontian, berikutan paras Sungai Benut dan Empangan Machap yang rendah, menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Simpang Renggam kepada sekitar 34 peratus kapasiti. Keadaan berpunca daripada cuaca kering berpanjangan, namun Kerajaan Johor menggerakkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan air.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA