KUANTAN, 22 Dis -- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup, malah menjadi modal kecil kepada peniaga untuk menambah bekalan jualan sekali gus menceriakan persiapan menjelang musim perayaan.Pada 18 Dis lepas, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang serta Wilayah Persekutuan Labuan mencatat kadar purata penggunaan SARA menghampiri 100 peratus.Beliau berkata kerajaan tidak melihat cabaran besar dalam pelaksanaan SARA setakat ini, biarpun program tersebut melibatkan jumlah transaksi besar melebihi 20 juta pengguna.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA