KUALA LUMPUR, 31 Mei -- Sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1, Kuala Lumpur dari kiri (Amirah Kyswanee, Nurut Izzah Atira, Siti Nurul Afiqah, Nur Aqilah Sabrina dan Husna Najihah) masing-masing berumur 12 tahun melawat ke dalam muzium sempena Program "Outreach" di Muzium Telekom di sini hari ini. Objektif program ini ialah membawa para pelajar dan belia Ke Kuala Lumpur, mendidik serta memberi pendedahan mengenai sejarah telekomunikasi negara dulu, kini dan akan datang. Selain daripada itu, mereka turut berpeluang merasai pengalaman bermalam bermalam di Muzium Telekom dengan mengikuti pelbagai program kecerdasan, bina semangat dan aktiviti sukan yang dirancang.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA