KUALA LUMPUR, 31 Mei -- Sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1, Kuala Lumpur bersama guru yang turut serta di dalam Program "Outreach" di Muzium Telekom di sini hari ini. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Telekom Malaysia Datuk Dr. Halim Shafie. Objektif program ini ialah membawa para pelajar dan belia Ke Kuala Lumpur, mendidik serta memberi pendedahan mengenai sejarah telekomunikasi negara dulu, kini dan akan datang. Selain daripada itu, mereka turut berpeluang merasai pengalaman bermalam bermalam di Muzium Telekom dengan mengikuti pelbagai program kecerdasan, bina semangat dan aktiviti sukan yang dirancang. -- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA