IPOH, 1 April -- Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, Mohd Nadzri Ariffin (kiri) menunjukkan unit basikal elektrik yang dirampas pada sesi sidang media di sini hari ini.JKDM Perak menggagalkan lima cubaan menyeludup pelbagai barangan termasuk basikal elektrik dengan anggaran nilai termasuk duti dan cukai sebanyak RM2.4 juta dalam serbuan di beberapa lokasi pada Januari dan Februari lepas.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA