SIBU, 30 Mei -- TARIAN NGAJAT ... Awit Arah, 53, menari mengikut rentak tarian 'Ngajat' sebagai persediaan sambutan Hari Gawai pada Rabu ini di Rumah Panjang James Medan dekat Sekuau di sini ketika tinjauan fotoBERNAMA.Tarian Ngajat adalah tradisi masyarakat Iban yang dilakukan sebelum atau selepas berperang, selepas musim menuai dan upacara keramaian.Pada zaman dahulu penari akan berpakaian seperti 'sirat', 'gagung' iaitu sejenis baju tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang serta memakai topi dihiasi bulu-bulu burung. --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA