TELUK INTAN, 18 April -- Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Shaharuddin Abu Sohot menyantuni orang ramai ketika hadir pada Perasmian dan Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI MOTAC Kampung Lama Kanan, Sungai Manik hari ini. MOTAC melaksanakan lima projek penambahbaikan infrastruktur fizikal dan sosial di Kampung Sungai Manik di sini menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA