KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (duduk kiri) bersalaman dengan anggota Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng (duduk tengah) selepas menyaksikan majlis menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada majlis penutup Perhimpunan Agung Ke-15 Persidangan Anggota Parlimen Asia-Pasifik mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (APPCED) di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Naib Presiden APPCED, Datuk Dr. James Dawos Mamit (duduk kanan).Persidangan APPCED yang berlangsung selama dua hari itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang isu alam sekitar dan pembangunan dalam kalangan anggota parlimen dari rantau Asia Pasifik di samping meningkatkan kerjasama antara negara maju dan membangun dalam bidang berkenaan.-- FOTOBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA