KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Naib Presiden Persidangan Anggota Parlimen Asia Pasifik (APPCED) Datuk Dr. James Dawos Mamit (kiri) menyerahkan Bendera APPCED kepada Ahli Parlimen dari Nepal Mahaxmi Upadhyaya 'Dina" (dua kanan) sebagai simbolik Nepal sebagai tuan rumah persidangan itu selepas ini pada majlis penutup Perhimpunan Agung Ke-15 APPCED mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di sini, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (dua kiri), Setiausaha Agung APPCED, Datuk Dr. Marcus Mojigoh (tiga kanan) dan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah (kanan).Persidangan APPCED yang berlangsung selama dua hari itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang isu alam sekitar dan pembangunan dalam kalangan anggota Parlimen dari rantau Asia Pasifik di samping meningkatkan kerjasama antara negara maju dan membangun dalam bidang berkenaan.---- FOTOBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA