GEORGETOWN, 08 Jun -- Mazlan Abdullah,52, membawa monyet kesayangannya pada bahu badannya semasa menunggang motosikal di sini hari ini.Menurut Mazlan, beliau mula memelihara monyet yang diberi nama "Mamat" sejak usianya seminggu.Tambahnya lagi, monyet berkenaan mula dipelihara apabila ibu monyet itu mati dilanggar oleh sekumpulan mat rempit di Jalan Kebun Bunga."Saya belanja sebanyak RM4 setiap hari untuk membeli makanan dan pampers bagi Mamat", kata Mazlan.-- fotoBERNAMA(2011)HAKCIPTA TERPELIHARA