IPOH, 14 Mac -- Pelanggan yang hadir dihiburkan dengan persembahan 'busking' di Twenty One Cafe baru-baru ini.Kafe itu diusahakan bekas pemain pertahanan kiri Harimau Malaya Nazirul Naim Che Hashim, yang membuat keputusan meninggalkan dunia bola sepak profesional pada 2024 di usia 31 tahun selepas kecederaan lutut serius (cartilage) yang dialaminya ketika bersama KL City FC.Nama kafe itu diambil sempena nombor jersi yang sering dipakai Nazirul Naim sepanjang bergelar pemain bola sepak.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA