BAGAN SERAI, 2 Mac -- Pegawai Khas Menteri Besar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semanggol Datuk Sham Mat Sahat (kiri) menyantuni Muhammad Mikail Rafanza Mohd Rizal, 3, dan ibunya Siti Fatimah Sani, 40, (kanan) ketika menziarahi kanak-kanak itu di Kampung Parit Mentara 3, di sini, hari ini.Hasrat Muhammad Mikail, untuk menjalani pembedahan kaki kanan sebelum ini bakal menjadi kenyataan apabila Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) akan menanggung sepenuhnya kos rawatan tersebut.Muhammad Mikail, yang dilahirkan dengan beberapa komplikasi kesihatan perlu menjalani pembedahan memasang alat besi pada lutut bagi menyokong pertumbuhan tulang kaki kanannya yang lebih pendek berbanding kiri.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA