ALOR SETAR, 15 Jun -- Nor Adibah Muhammad Rejab yang menderita empat penyakit iaitu liver cirrhosis (masalah tekanan pada hati), limfa dalam perut membengkak, retinitis pigmentosa (sejenis penyakit yang membabitkan bahagian retina mata) dan bilateral ICA aneurysms iaitu kebengkakan pada salur darah otak menunjukkan surat amaran daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga surat rawatan pembedahan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) ketika ditemui BERNAMA di sini, hari ini.Adibah memerlukan wang sebanyak RM45,000 bagi menjalani pembedahan bilateral ICA aneurysms di PPUKM pada 21 Jun ini.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA