ALOR SETAR, 15 Jun -- Nor Adibah Muhammad Rejab (kanan) yang menderita empat penyakit iaitu liver cirrhosis (masalah tekanan pada hati), limfa dalam perut membengkak, retinitis pigmentosa (sejenis penyakit yang membabitkan bahagian retina mata) dan bilateral ICA aneurysms iaitu kebengkakan pada salur darah otak bersama ibunya, Fatimah Lat (kiri) perlu bergantung kepada mesin oksigen bagi meneruskan kehidupan seharian ketika ditemui BERNAMA di sini, hari ini.Adibah memerlukan wang sebanyak RM45,000 bagi menjalani pembedahan bilateral ICA aneurysms di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 21 Jun ini.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA