MANJUNG, 30 April -- Suri rumah Umi Kalsum Omar Noor Balasubramaniam, 39, (tiga, kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menjalankan aktiviti penyeludupan 24 migran warga Indonesia pada awal bulan ini.Umi Kalsum bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.Manakala, warga Indonesia Theodurus Seran, 30, (dua, kiri) mengaku bersalah atas dua pertuduhan menjalankan aktiviti penyeludupan 15 migran warga Indonesia.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA