IPOH, 14 Mac -- Bekas pemain pertahanan kiri Harimau Malaya Nazirul Naim Che Hashim, bergambar di kafe miliknya ketika ditemui BERNAMA di Twenty One Cafe baru-baru ini.Pernah menjulang trofi Piala Malaysia 2018 bersama Perak, Nazirul Naim kini beralih 'beraksi' di mesin kopi kafe tersebut selepas kecederaan menamatkan karier bola sepaknya yang gemilang.Nazirul Naim membuat keputusan meninggalkan dunia bola sepak profesional pada 2024 di usia 31 tahun selepas kecederaan lutut serius (cartilage) yang dialaminya ketika bersama KL City FC menjadi titik perubahan dalam hidupnya.Nama kafe itu diambil sempena nombor jersi yang sering dipakai Nazirul Naim sepanjang bergelar pemain bola sepak.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA