PARIT, 5 Mac -- Hidangan bubur biskut kapal atau pengat biskut kapal yang dimasak dengan menggunakan bahan asas seperti santan segar, gula kabung, daun pandan, garam dan biskut kapal.Di era 70-an hingga awal 90-an, juadah pencuci mulut tersebut cukup popular dalam kalangan masyarakat sekitar Perak Tengah.Bagi mereka yang membesar pada era berkenaan, hidangan itu bukan sekadar pencuci mulut malah menjadi antara juadah yang dihidangkan dalam pelbagai majlis atau keraian termasuk ketika menyambut Ramadan.Berdasarkan cerita orang-orang lama, juadah tradisional itu dipercayai diperkenal oleh para petani dan pesawah dari Pulau Pinang dan Kedah yang berhijrah ke daerah itu untuk mencari peluang baharu dalam bidang pertanian.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA