SUNGAI SIPUT, 11 Jan -- Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff melihat harimau belang jantan yang berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di sebuah kebun durian berhampiran Bukit Kinding, Chemor, hari ini.Haiwan pemangsa seberat lingkungan 70 KG itu ditemui memasuki perangkap sekitar jam 1 tengah hari oleh enam anggota Perhilitan yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA