KUALA KANGSAR, 16 Mac -- Pengunjung merakam gambar panjut gergasi yang dibina sempena pertandingan Pesta Panjut Kuala Kangsar 2026 di sekitar Kampung Sayong malam malam tadi.Penggunaan bahan kitar semula seperti tin minuman terpakai selain bahan semulajadi seperti buluh dan rotan menjadi antara elemen utama yang ditonjolkan buat julung kalinya dalam pertandingan tersebut.Pekan Kuala Kangsar yang begitu sinonim dengan nyalaan ribuan pelita panjut menjelang Aidilfitri kini meriah dengan penyertaan lapan agensi kerajaan serta satu badan bukan kerajaan (NGO) selain membabitkan penyertaan lebih 13 kampung sekitar kawasan tersebut.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA