TAIPING, 18 Mac -- Orang ramai memilih daging yang dijual pada program Jualan Termurah MADANI sempena Aidilfitri di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang di sini hari ini.Kira-kira 2,000 ekor ayam berharga RM7 sekilogram habis dijual dalam masa setengah jam pada program tersebut.Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang membeli daging lembu yang dijual serendah RM24 sekilogram selain minyak masak, telur, tepung, gula dan lain-lain keperluan makanan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA