IPOH, 22 Feb -- Orang ramai hadir membawa pakaian raya terpakai sempena Program Pengumpulan Pakaian Raya Terpakai anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Berkat Manjoi dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Tapah yang diadakan di Pusat Komuniti Manjoi Baru Tambahan hari ini.Golongan kurang berkemampuan serta mangsa yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di sekitar Gugusan Manjoi di sini boleh mendapatkan pakaian raya secara percuma sebagai persiapan sambutan Aidilfitri nanti.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA