BELURAN, 11 Julai -- MAKANAN TRADISI ... Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee (dua kiri) bersama Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah Ramlah Amir (kanan) dan Pegawai Daerah Beluran Yusof Osman mencuba makanan tradisi Kadazandusun Labuk ketika program merakyatkan seni budaya di Kampung Kuala Sapi dekat sini semalam.Program itu anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Beluran.Sebanyak 15 makanan tradisi suku kaum itu disediakan kepada pada kenduri rakyat selain turut diserikan dengan sukan rakyat serta tarian kebudayaan.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA