BIDOR, 9 Jan -- Ketika kebanyakan rakan seusia melangkah ke alam kerjaya profesional selepas menamatkan pengajian, Muhammad Shah Rizal Azuardi memilih laluan yang berbeza apabila kembali ke kampung halaman untuk meneruskan legasi apam balik warisan keluarganya.Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dan Pertanian dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Shah Rizal, 28, mengakui keputusan itu tidak pernah terlintas dalam perancangannya.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA