IPOH, 9 Mac -- Penduduk setempat hadir untuk berbuka puasa bersama pada program Iftar 'ala piknik' yang dianjurkan di Taman Klebang Putra Satu malam tadi.Terus memperkasakan peranan sebagai ejen perpaduan nasional, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Klebang Putra di sini menganjurkan inisiatif iftar 'ala piknik' yang berjaya menghimpunkan lebih 200 penduduk taman perumahan tersebut.Lebih menarik, iftar berkonsep 'pot luck' itu bukan sahaja disertai penduduk Islam yang berpuasa malah penduduk kaum lain yang menghuni kejiranan tersebut.Inisiatif tersebut adalah acara tahunan bagi memanfaatkan sumbangan yang diperuntukkan kerajaan dalam mempererat perpaduan antara kaum negara ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA