KUALA TERENGGANU, 14 Julai -- Fasilitator dari Yayasan Islam Terengganu menunjukkan cara sembahyang kepada sebahagian murid orang asli pada program pemantapan solat di Masjid Kristal di sini hari ini.Seramai 109 murid orang asli dari Sungai Berua, Hulu Terengganu dan Sungai Pergam, Kemamaan menyertai program anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu itu yang bertujuan memberi pendedahan mengenai cara sembahyang serta bacaan yang betul. -- fotoBERNAMA(2011) HAKCIPTA TERPELIHARA