(ULANG SIAR PEMBETULAN KAPSYEN) LUMUT, 26 Feb -- Sebahagian daripada 150 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melambaikan tangan kepada ahli keluarga pada Majlis Pelepasan Tali KD Lekir di Jeti Operasi TPL di sini hari ini.Kapal Diraja (KD) Lekir milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini memulakan pelayaran dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) di sini bagi memulakan Lekir Australia Deployment 2026 (LEAD '26) dalam eksesais tentera laut multilateral, aktiviti diplomasi pertahanan serta pelayaran jarak jauh di peringkat antarabangsa.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA