MELAKA, 20 Julai -- Johan Pertandingan Beca Berhias, Mohd Mohd Yunus, 43 dari Persatuan Warisan Beca Melaka bergambar kenangan bersama pelancong asing pada Program Perarakan Beca Berhias Sempena Sambutan Ulangtahun ke-3 Melaka Bandaraya Warisan Dunia yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa Dan Pertanian, Datuk Latipah Omar di sini, malam semalam.Sebanyak 50 buah beca dari pelbagai persatuan berjaya dikumpul dalam program anjuran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya disamping untuk menyertai Pertandingan Beca Berhias.Turut kelihatan dua pelancong pasangan suami isteri dari Switzerland, Michele Martinelli (kanan) dan Clarissa Behle (dua kanan).fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA