KUCHING, 27 Julai -- Renjer Rejimen Ketiga membuka balutan Jalur Gemilang pada keranda berisi rangka pejuang Iban pada upacara pengkebumian semula di Perkuburan Pahlawan di sini hari ini.Jalur Gemilang tersebut kemudian diserahkan kepada ahli keluarga dan waris masing-masing.Sebanyak 21 rangka pejuang Iban dibawa pulang melalui Operasi Mai Pulai.Operasi tersebut dijalankan bagi memindahkan rangka-rangka pejuang "Iban Trackers" yang terkorban semasa berkhidmat dengan tentera British menentang pengganas komunis semasa Malayan Emergency (1948-1963).-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA