KUCHING, 27 Julai -- Renjer Rejimen Ketiga membawa 21 keranda berisi rangka pejuang Iban dalam satu upacara pengkebumian semula di Perkuburan Pahlawan di sini hari ini.Sebanyak 21 rangka pejuang Iban dibawa pulang melalui Operasi Mai Pulai.Operasi tersebut dijalankan bagi memindahkan rangka-rangka pejuang "Iban Trackers" yang terkorban semasa berkhidmat dengan tentera British menentang pengganas komunis semasa Malayan Emergency (1948-1963).-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA