IPOH, 19 Mac -- Balu kepada Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, Nur Aini Samiun, 45, (kanan) memimpin anak sulungnya Muhd Raqin Najmi, 14, (dua, kiri) ketika ditemui kediamannya di Taman Kinding Jaya di sini semalam.Setiap kali menjelang Syawal, rumah kecil itu dahulunya meriah dengan cahaya lampu hiasan yang dipasang rapi, gelak tawa anak-anak dan aroma masakan yang menghidupkan suasana.Namun tahun ini, segalanya terasa berbeza buat Nur Aini apabila Aidilfitri disambut tanpa insan yang selama ini menjadi tunjang keluarga.Suaminya, antara sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh yang terkorban selepas terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampam 13 Mei 2025.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA