IPOH, 25 Dis -- Peserta, Roslah Sudin, 52, (tiga, kiri) bersama Rosyati Talib, 42, (dua, kiri) melayan pelanggan yang hadir untuk membeli makanan yang dijual ketika ditemui di Dataran Perpaduan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Chemor Idaman di sini, baru-baru ini.Bagi meringankan beban ekonomi keluarga, KRT Taman Chemor Idaman di sini mewujudkan projek katering dan bakeri sebagai platform kepada golongan suri rumah menjana pendapatan melalui bidang berasaskan makanan.Pengerusinya Karim Din Mohd Ismail berkata idea mewujudkan projek itu tercetus pada April 2023 selepas menerima dana berjumlah RM10,000 daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan projek tersebut.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA