IPOH, 25 Dis -- Pesakit, Ros Syam Syasila Rooslee, 34, menunjukkan kad pengenalan dirinya dalam bentuk kertas akibat jarinya yang tidak mempunyai cap jari ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perak baru-baru ini.Siapa sangka kepentingan penggunaan cap jari dalam urusan rasmi malah urusan bagi tujuan melibatkan keselamatan diri menjadi sukar apabila ada segelintir individu yang tidak mempunyai cap jari mengalami proses melelahkan serta menyebabkan tekanan emosi dalam menjalani kehidupan seharian.Ros Syam Syasila yang bekerja di sebuah stesen radio di sini berkata setiap dokumen tersebut pula perlu disediakan dalam salinan terkini dan perlu diperbaharui setiap beberapa bulan walaupun tiada sebarang perubahan maklumat.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA