SHAH ALAM, 1 Ogos -- Pekerja Wak Tom Katering melakukan kerja-kerja pembungkusan bubur lambok yang di sediakan di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.Hari ini sebanyak 1,300 bungkus bubur lambok disediakan.Wak Tom Katering menerima tempahan dari pelbagai pihak dan bubur berkenaan diedarkan secara percuma kepada orang ramai bermula hari ini hingga 27 Ramadan selepas asar di Masjid Negeri ini.Seramai 10 orang pekerja menyediakan bubur lambok ini dan kerja bermula seawal 7 pagi.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA