SHAH ALAM, 1 Ogos -- Orang ramai sabar beratur sambil menunggu giliran bagi mendapatkan bubur lambuk yang diberi secara percuma di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.Bubur lambuk mula diagihkan kepada orang ramai selepas Asar bermula hari ini hingga 27 Ramadan di Masjid Negeri itu.Hari ini sebanyak 1,300 bubur lambuk disediakan.Kerja-kerja penyediaan bubur tersebut disediakan oleh Wak Tom Katering yang menerima tempahan dari pelbagai pihak.Seramai 10 orang pekerja terlibat dalam menyediakan bubur lambuk ini dan persedian dibuat seawal 7 pagi.-- fotoBERNAMA (2011I) HAKCIPTA TERPELIHARA