SHAH ALAM, 1 Ogos -- Orang ramai sabar beratur sambil menunggu giliran bagi mendapatkan bubur lambuk yang diberi secara percuma di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.Hari ini sebanyak 1,300 bubur lambuk disediakan dan mula diagihkan selepas asar.Kerja-kerja penyediaan bubur tersebut disediakan oleh Wak Tom Katering yang menerima tempahan dari pelbagai pihak.Seramai 10 orang pekerja yang terbabit dalam menyediakan bubur lambuk ini dan persediaan dibuat bermula seawal 7 pagi.-- fotoBERNAMA (2011I) HAKCIPTA TERPELIHARA