SHAH ALAM, 1 Ogos -- Orang ramai sabar beratur sambil menunggu giliran bagi mendapatkan bubur lambuk yang diberi secara percuma di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.Hari ini sebanyak 1,300 bubur lambuk disediakan dan diagihkan selepas asar.Pengedaran secara percuma kepada orang ramai bermula hari ini hingga 27 Ramadan di Masjid Negeri ini.Kerja-kerja penyediaan bubur tersebut disediakan oleh Wak Tom Katering yang menerima tempahan dari pelbagai pihak.Seramai 10 orang pekerja terbabit dalam menyediakan bubur lambuk ini dan persediaan bermula seawal 7 pagi.-- fotoBERNAMA (2011I) HAKCIPTA TERPELIHARA