KUCHING, 8 Ogos -- RAHMAT... Kelihatan seorang pengunjung meredah hujan lebat menyelusuri deretan gerai makanan dan minuman ketika tinjauan fotoBERNAMA menjelang waktu berbuka puasa di sekitar Jalan India, di sini hari ini.Sejak kebelakangan ini cuaca panas melanda beberapa bahagian di Sarawak namun hujan pada waktu petang hari ini memberi kelegaan kepada penduduk tempatan. Hujan mungkin sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan peniaga kerana orang ramai kurang berkunjung ke gerai-gerai pasar Ramadan, tetapi usah risau, rezeki kurniaan Allah ada di mana-mana. -- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA