GEORGETOWN, 11 Ogos -- Sekali pandang, kita ingat Fatimah Bee Abdul Jaabar, 63, membuat apom manis. Namun beliau membuat apom yang dikenali sebagai "Apom Puasa" untuk juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan.Menurut Fatimah "Apom Puasa" merupakan kuih tradisional dari India dan wajib dibuat pada bulan Ramadan sebagai juadah berbuka puasa.Tambahnya lagi beliau mula menjual apom berkenaan sejak 20 tahun lepas setiap kali bulan Ramadan di negeri ini sebagai juadah berbuka puasa.Sepanjang bulan Ramadan, Fatimah Bee akan membuat "Apom Puasa" sebanyak 300 hingga 400 keping sehari untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa.Beliau menjual sekeping apom berkenaan dengan harga 50 sen dan rasa manis dan pedas.Menurutnya lagi, kandungan membuat appom berkenaan ialah gula, garam, santan, cili merah, kunyit dan daun bawang.Kelihatan Fatimah Bee menunjukkan "Apom Puasa" di kediamannya di Jalan Transfer di sini, hari ini.-- fotoBERNAMA(2011)HAKCIPTA TERPELIHARA