GERIK, 31 Mac -- Penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Perak melakukan pembersihan sisa-sisa pukat tinggal di Tasik Temenggor di sini, baru-baru ini.Dikelilingi kehijauan hutan Taman Negeri Royal Belum, Tasik Temenggor yang terletak kira-kira 45 kilometer dari sini, adalah antara destinasi ekopelancongan utama negara ini.Tasik buatan manusia ini juga menjadi ââââÅ¡¬Å“rumahââââÅ¡¬ bagi pelbagai spesies ikan air tawar bernilai tinggi seperti kelah, temoleh, tengas, sebarau dan baung, menyediakan lohong rezeki buat penduduk setempat dan kaki pancing.Namun begitu, ketenangan Tasik Temenggor kini terancam. Pencemaran pukat tinggal menjadi isu yang kian meruncing dan berisiko mengganggu gugat ekosistem tasik yang dikelilingi daratan seluas 117,500 hektar itu.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA